Tuesday, July 13, 2010

Hari2 semua same jek...ape lar..bosan kn idop gni....agak2 pe eh ptot aku wt...eii...ase mcm nk gigit owg jew..geram glew......tp law ggit mesti mkn penumbuk ke hape....hehehek.....cdey2....ade lar 1 ari 2...aku g amik akak aku keje kn....aku pecut biase2 jek..takot jatoh..bub ujan.... Then smpai jew kt trafic light 2 an.... tiba2..acecece.. tiba2..haha..... ade lar grup mat2 rempit ni memecut dgn laju nye..sbub xde kete lar kn.... tapi yg lawak nye... jp eh...hahahahahahaha...... kwn dy owg yg terakhir ni pown willey la pnye pasal nk tnjuk kt awek cute 2....konon2 macho lar be.... hampeh!!! haha.... debukk..... jatoh cm nangke busuk daa.... wakakaka.... aq pnye lar tahan gelak smpai benti tepi jalan semate2 nk sambong gelak aku..hahaha...... SEKIAN....

Friday, July 2, 2010

10 zon LARANGAN CINTA

 Percintaanbukanlahsatu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebiah percintaan, jangansesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kalu perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura. Tunjukkansifat kamuyang sebenar dan percayalah orang yang menyintaikamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan dari melakukan perkara-perkara in dalam hubungan kamu.



1. bercinta kerana simpati dan kasihan

Kamutidakakan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksadiri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalumudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlau mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya kamu tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalahlebih baik kamu berterus terang padanya. Si dia lebih kecewa andanya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana diamencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.

2. melirik kepada jejaka / gadis lain

Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka / gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya puladi kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.

3. bersikap hipokrit

Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berceritatentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksadiri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara inikerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan sidia tahuapa yang kamu tidak suka supaya sidia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan si dia tersinggung dengan kritikan kamu.

4. sanggup menyerah kalah

Kamu sanggup menyerah kalah ketikaberlawan badminton denganya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dengan si dia akan menjadi ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persainganmestlah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan huungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.

5. terima semua kesalahan

Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkarayang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang ’kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perluuntuk kebaikan kamu berdua.

6. harus sentiasa bersama

Orang bercinta kebiasannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain mangganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali sidia dalam kelompok teman-teman kamuagar sidia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyikberdua sahaha kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.

7. rapat dengan sahabat karib si dia

Kamusememangnya perlu bergaul denganorang-orang yang rapat dengan sidia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temanya. Kamutidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib sidia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.

8. berpura-pura tidak cemburu

Kamu harusdapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis kain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamudalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asnyik berbual dengan jejaka / gadis kamu perlu tegur si dia dengan cara terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu seketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.

9. terlalu menerima sikap si dia

Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namunitu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubahandainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat sidia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan inisiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.

10. biarkan si diasahaja membayar

Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupunkekasihnya sendiri. Sikap initidak sepatutnyaberlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolahansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaun lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.
Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Pasaipa mamak tak main bola??

 Cuba hangpa teka, kenapa mamak takde yang main bola. Hangpa cari la di negara mana pun dalam dunia ni, memang takdak mamak yang main bola, Cikgu Omaq memecah sunyi sementara menanti teh tarik sampai dengan satu soalan kepada kawan-kawan yang lain.

Ha ahh la...rasanya takdak sorang pun mamak yang main bola. Pasai apa ha? Pasai depa tak reti main bola ka? Pasai depa keturunan kaki bangku ka?, jolok Nasir menambah lagi kesedapan kepada soalan Cikgu Omaq tadi.

Depa memang jenis yang tak suka main bola kot? Tengok bola pun takde rasanya. Tak nampak pun mamak kat stadium bila ada lawan bola, sampuk Johari.

Takdak....percaya la cakap aku. Memang depa takdak dan tak boleh main bola. Sergah Cikgu Omaq pada Johari.

Habih tu, habaq mai la pasai apa mamak tak boleh main bola, jangan bagi kami penin kepala pikiaq lama-lama. tambah Nasir.

Hangpa tau, mamak ni memang tak boleh main bola. Pasai kalau depa main bola, bila ada corner kick, depa tak main dah....Cikgu Omaq bagi clue kat depa yang tercengang dengar jawapan bola gantung Cikgu Omaq tu.

Pasai apa depa tak main dah bila sampai kat corner tu? tanya Johari tak sabar nak tau jawapannya.

Pasai....bila mamak dah dapat kat corner tu, depa bukak restoran laa.....macam Salam Corner, macam Sahul Corner tu.....bila masa depa nak main lagi...apa la hangpa ni. Itu pun hangpa tak tau kaa, jawab Cikgu Omaq pada mereka semua.

Cilakoi betoi, gelak Faisol yang sedari tadi hanya mendengar tanpa masuk campur dalam soalan pasal mamak itu

APA ITU CINTA. 1.

 Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)



2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?



3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.



4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.



5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita.
INDAHNYA CINTA..





Kata angin cinta itu kesejukan
Kata air cinta itu kesegaran
Kata api cinta itu panas yang membara
Kata Project poop cinta itu berjuta rasanya
Kata kahlil gibran cinta itu pengirbanan
Tapi kata ku…
Cinta itu kesungguhan hati
Kerelaan untuk memberi
Kesediaan untuk menerima
Cinta itu Maha Karya Allah yang terbesar

Saturday, May 29, 2010

Khasiat Pisang Khasiat Buah Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

KU GUGURKAN CINTA KERANA ALLAH

 Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu.
“Khabar apakah Umar di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah Umar pada Husna?”
Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, Maahad Johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas ku atur langkah menuju ke kota raya, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.
“Umar, maafkan Husna. Husna masih menyayangi Umar. Perasaan Husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas…”
Aku tersenyum membaca sms yang ke 2. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!

“Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan…”
Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling “bengkeng” dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan.
Ini semua, Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh!

“Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana.”

Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang?! Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati… tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu… benar aku insan dhaif yang lemah.. lemah dengan cinta manusia yang sia-sia… aku tertunduk lesu.

“Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. “
“Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?”
“Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah,”

Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung.
”Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang… Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana,”

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu.

”Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!,”
Aku mencebik dan tersenyum sinis.

”Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini,”

Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal ku raih pada keluargaku.

”Kau terlalu naif?!,”

Aku tersentak, benarkah?

”Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu,”

Mendatar kalimah itu.

”Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu,”
Aku meneliti bait-bait yang terlontar.

”Aku tidak menafikan manusia itu tidak memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nian indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali,”

”Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya,”
Dia melepaskan satu keluhan.
”Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah… sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya,”

Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah ku lihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu.

”Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah,”

Terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan. Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini. ..
Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi, aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah.
Benar, kata-katamu itu terlalu benar. Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini, aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi.
Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah… terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui. Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri.
Sms Husna ku balas…

”Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,”



”Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,”

JGN PAKAI CROCS!!!!

WAHAI INSAN YG BUDIMAN.......... DENGAR LAH..........


Ni nk cite ckit....baru2x ni aku g lar uptown kt pekan....perhhh....byk gle owg ISLAM dtg beb...e2 aku x kisah r bub dy owg bermasyarakat.......owg kg aku ckp bersosial lar kn....tp yg aku heran plek 2....punya lar rmai RM 20,,,tp kali ni dy lelong RM10 ja,,,,,rugi sapa x beli....

adik aku g lar usha tgk....mcm2x ada...tp yg aku tersentuh lar kn..kt lambang dy....punta lar bodo OWG YG G JUAL...OWG YG PRODUCE DY....dan OWG YG BELI DY..punya bangang 23x gnda.......gedebabo0o0mm...hahaha....

Tw beli ja kn...tgk r logo dy....mmg lar murah...tp logo ALIF LAM LAM HA 2.......ALLAH..ish karut btoi r.....mmg x pcaya kn????kowg tatap btoi2x...dy logo kt tapak kasut...mula2x aku tgk agak trkejut r..tp baru aku sedar btapa pndainya owg kafir jatuh kn owg ISLAM dgn guna owg ISLAM jgk...




   
  

Monday, May 24, 2010

kitaran hidup sekeping surat khabar

Benggali penjual surat khabar:
kasi angkut itu surat khabar dari kilang,kasi en wong satu,encik azman satu,datuk razak satu.aiyoo,lupalah sama itu puan devi.kasi pusing balik hantar itu punya surat khabar lah.

Pemandu @ pak cik drebar
selak bahagian nombor.Adussss,miss satu nombor.tepon kawan kata nak cari dukun nombor ekor.mula berangan bila lah aku nak pakai kereta macam bos aku nie.letak surat khabar atas meja.

Bos @ Dato
angkat surat khabar atas meja.Cari bahagian bisness.wahh, saham dah naik.telefon assistance kata nak ajak pergi dinner.cakap slow-slow,nanti datin dengar naya.letak balik surat khabar atas meja.

ma'am besar @ Datin
Bawak masuk surat khabar dalam rumah.bukak bahagian keluarga.ish ish ish,suri rumah terbeli gelang emas palsu,kesian.nasib baik bukan aku.tu lah lain kali beli yang mahal sikit macam I punyer.tutup bailk.

Anak lelaki @ tuan muda
ambik surat khabar.bukak bahagian last sekali (bahagian sukan).APA,MU kalah 3-0 dengan dengan Chelsea.kutuk Alex Ferguson,tak tau uruskan pemain .hempas surat khabar.

Anak perempuan @ cik puan muda
selak surat khabar.bukak bahagian hiburan.ohh tidak.dafi sudah berpunya??tepon kawan.ehh ko da tau dafi dah ada girlfriend?alaa,melepas ler aku.letak surat khabar.gayut telepon berjam-jam.

adik lelaki @ baby boy
bukak bahagian komik.gelak sorang-sorang(entah paham ker tidak).bosan aaa
koyaknyer surat khabar itu.buat kapal terbang.lepas puas sepahkan rumah.tengok TV.

Bibik @ tukang gaji
waduhh,ngapa rumah bersepah begini.kutip surat khabar yang bersepah.kumpulkan balik.letak dalam bilik bersama surat khabar lama yang lain.kalo begini cukup bulan aku bisa dapat uwang lebih.boleh aku bisa pakai handfone baru bulan ini loh.

TERKANGKANG


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry Pelajar B pulak kata Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu? Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm.. habis 2 (two), 3 (three) laaa...

Pelajar B: Pakcik jgn la main2.. kita org tanya betul2 ni...

Orang Tua: Hahaha.. alaa.. gurau sikit pun nak hangin... ok laaa... sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

TUJUH PERKARA GANJIL

 Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..