| Cikgu Shah adalah guru kelas Tingkatan 1E (kelas hujung). Dia mengajar subjek matematik di kelas tersebut. Oleh kerana dia selalu melihat pelajar-pelajar lelakinya sentiasa lepak dan tidak tahu mengisi masa lapang, maka dia selalu membawa pelajar - pelajarnya iaitu Timothy, Louise, Wilson dan Freddie pergi ke pusat komputer untuk belajar menaip dan melayari internet. Pada suatu hari, si Louise yang buta huruf bertanya kepada cikgu Shah: Loiuse: Cikgu, hari ini pergi ke pusat komputer ka cikgu? Cikgu: Oh...hari ini tidak ada elektrik, jadi tidak dapat pergi ke pusat komputer.. Louise: Sampai jam brapa tak da karen cikgu? Cikgu: Sampai jam 6 petang tidak ada karen.. Mendengar cikgu Shah berkata demikian, si louise pun diam dan berfikir kemudian berkata lagi... Louise: Cikgu, kalau kita pergi pusat komputer jam 3 cikgu? Cikgu pun kehairanan... Cikgu: Kan cikgu ah cakap tadi, tidak ada karen sampai jam 6 petang, jadi jam 3 pun masih tidak ada karen... Loiuse: Oh...cikgu, kalau kita pergi pusat komputer jam 4 petang cikgu??? Cikgu pun terkata-kata..mau gelak pun ada, mau ketawa pun ada....lupa la pula cikgu yang dia budak buta huruf.. |
Monday, May 24, 2010
Pelajar Buta Huruf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment